Rabu, 01 Januari 2014
Hotel mewah transit dadah
Gambar hiasan
Petaling Jaya: Polis berjaya menumpaskan satu rangkaian sindiket dadah yang menggunakan hotel mewah sebagai transit dan tempat pembungkusan selepas tertangkapnya tiga lelaki berusia 30-an dalam dua serbuan berasingan di Seksyen 20, Damansara, di sini, petang kelmarin.
Dalam serbuan bermula kira-kira jam 5 petang oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, polis merampas 187 gram dadah jenis Methapetamin, Eramin 5 dan Ecstasy bernilai lebih RM20,000.
Siasatan awal polis mempercayai anggota sindiket akan menyewa bilik di hotel mewah sekitar ibu kota untuk dijadikan ‘port’ membungkus dadah sebelum diedarkan kepada pelanggan di sekitar Lembah Klang.
Hasil risikan dan maklumat yang diterima, serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah sewa dan polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 38 tahun bersama seorang lelaki warga asing berusia 30-an dipercayai pekerja.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar