Tampilkan postingan dengan label tarik. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tarik. Tampilkan semua postingan

Kamis, 13 Februari 2014

Foto wanita tidak berdosa dimuat di FB tarik pelanggan

sinarharian 24 Disember 2012
KUALA LUMPUR - Sindiket pelacuran didapati memasukkan gambar wanita tidak berdosa dalam laman Facebook bagi menarik pelanggan, kata  Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong.

Beliau berkata, sehingga kini pihaknya menerima lima laporan daripada mangsa terbabit.
Kes terbaharu membabitkan seorang pegawai pentadbiran di sebuah syarikat swasta yang terpaksa menanggung malu setelah gambar wajahnya dipaparkan dalam Facebook sebagai gadis yang menawarkan perkhidmatan seks, sejak empat bulan lalu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Wanita berusia 20 tahun tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Tan berkata, gambarnya telah digunakan dalam dua akaun  Facebook iaitu Jessy Serikembangan dan Lisa Carino kononnya beliau menawarkan khidmat seks dengan caj RM200 untuk sekali perkhidmatan dan RM500 untuk tempoh semalaman.

Tan dari Shah Alam berkata beliau mendapati wajahnya telah dipotong dan disambungkan kepada gambar badan wanita lain yang berpakaian seksi dan berbikini.
"Saya mendapat tahu apabila rakan saya memberitahu wajah saya disiarkan di laman itu. Saudara dan rakan saya menganggap saya terpaksa menjual tubuh saya kerana masalah kewangan. Ini amat memalukan saya," katanya pada sidang akhbar tersebut.
Tan berkata sehingga kini wajahnya masih terpampang di laman sosial berkenaan.

Beliau berkata, beliau telah menyamar sebagai pelanggan untuk mendapat maklumat lanjut mengenai perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan  sindiket itu telah meminta beliau terlebih dahulu memasukkan RM300 ke dalam akaun sebuah bank milik individu lain.
Tan berkata, beliau telah membuat laporan polis Ogos lepas dan kepada pengurusan Facebook yang sehingga kini belum mendapat sebarang tindak balas. - Bernama
Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

Mesir Boikot kerja tarik simpanan di bank

Harakahdaily, 02 Sep 2013
MESIR: Gerakan Pemuda Anti Kudeta merancang akan mengenakan tekanan berterusan kepada pemerintah sementara tentera selagi tntutan mereka agar Presiden Mesir Dr Muhammad Morsi yang dipilih secara sah dibebaskan dan legitimasi dikembalikan, tidak diendahkan.

Dalam satu kenyataan semalam, gerakan ini menyeru rakyat Mesir agar menjadikan September ini sebagai bulan meningkatkan bantahan.

Mereka mensasarkan 2 juta rakyat agar menolah untuk membayar bil air, eletrik dan gas, selama sebulan ini.

Selain tidak membayar bil-bil tersebut, mereka juga menyeru pro Morsi agar menarik balik simpanan mereka di bank-bank Mesir.

Walaubagaimanapun, kenyataan itu menyebut bahawa pihak mereka akan tetap mengadakan bantahan secara aman dan menolak keganasan.

Gerakan ini juga menetapkan tarikh 22 September ini untuk mengadakan mogok besar-besaran dengan mengajak 3 juta pegawai kerajaan pro Morsi untuk tidak pergi bekerja.

Mereka juga mensasarkan 10 ribu peniaga-peniaga besar yang menentang kudeta agar menutup kedai-kedai mereka sebagai tanda bantahan.

Dalam pada itu, kerajaan sementara kelmarin mengumumkan perintah berkurung di Mesir dipendekkan dua jam dan akan bermula dari pukul 11 malam sehingga 6 pagi pada setiap hari kecuali hari Jumaat.

Perintah berkurung pada hari Jumaat kekal dari pukul 7 malam sehingga 6 pagi.
Read More..

Cari Inisiatif Tarik Ramai Pelabur Indonesia


PETALING JAYA – Pelbagai inisiatif perlu dilakukan bagi menarik lebih ramai pelabur Indonesia menerokai peluang di negara ini bagi merapatkan hubungan kedua-dua negara, kata bekas Pengerusi Mesyuarat Kumpulan Tokoh Terkemuka Malaysia-Indonesia (EPG) Tun Musa Hitam.

Beliau berkata setakat ini, kehadiran pelabur kedua-dua negara tidak seimbang ekoran jumlah pelabur Indonesia di sini adalah kecil berbanding pelabur Malaysia di negara itu sedangkan banyak peluang sedia untuk diteroka, termasuk dalam industri kecil dan sederhana.

“Kita juga perlu melakukan sesuatu agar golongan profesional dari Indonesia juga tertarik untuk datang ke Malaysia dan bekerja kerana majoriti yang datang ke sini adalah untuk bekerja sebagai pembantu rumah atau sebagainya.

“Sedangkan dahulu kita pernah mengimport golongan profesional seperti doktor gigi dan guru dari Indonesia dan kehadiran golongan profesional ini meningkatkan persepsi rakyat terhadap Indonesia,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Persidangan Sehari Malaysia-Republik Indonesia di sini hari ini.

Persidangan bertajuk ‘Panas-Dingin Hubungan Malaysia-Indonesia: Membina Iklim Saling Percaya’ adalah anjuran bersama Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan Universiti Malaya serta Institut Pemerintahan Dalam Negeri (IPDN) Kementerian Dalam Negeri Indonesia.

Pembantu Rektor Bidang Akademik IPDN Profesor Dr Wirman Syafri Sailiwaberkata kekurangan pendedahan dan pengetahuan mendalam tentang sumber alam yang ditawarkan Malaysia mungkin menjadi punca pelabur Indonesia kurang berminat ke negara ini.


“Satu lagi faktor ialah pelabur ini mengambil kira setiap perincian termasuk jumlah keuntungan yang bakal diperoleh dan pemahaman yang lebih mendalam perlu diberikan supaya mereka faham dengan peluang di sini,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Musa berkata EPG perlu diberi nafas baharu bagi mencapai matlamat penubuhannya pada Januari 2008 iaitu menyelesaikan perbalahan rakyat Malaysia dan Indonesia berkaitan budaya, sejarah serta tuntutan bertindih dan sebagainya.

Beliau berkata sudah tiba masanya Malaysia memperkenal kepelbagaian bangsa kepada masyarakat Indonesia kerana hubungan antara kedua-dua negara lebih menjurus kepada ‘Melayu-Indonesia’.

“Seorang rakyat Indonesia pernah menyuarakan perkara ini kepada saya, kerana di Malaysia juga ada bangsa-bangsa lain. Konsep masyarakat majmuk ini perlu diperkenal kepada negara jiran supaya mereka lebih memahami nilai Malaysia,” katanya. – BERNAMA
Read More..